Sunday, May 8, 2011

Fasha Sandha kemukakan Bukti yang Nora Danish salah!

FASHA SANDHAHari yang dinanti sudah pun tiba, MyGosip sangkakan Fasha Sandha akan lampirkan bukti mengenai hubunganganya dengan Jejai.. Tapi rupanya, Fasha Sandha menyangkal dakwaan Nora Danish yang mengatakan hubungan Fasha Sandha dan Jejai sudah berakhir dua bulan yang lalu.. Menurut Fasha Sandha hubungan dia dan Jejai berakhir pada 18 Januari yang lalu dan bukanya 2 bulan yang lalu seperti dakwaan tidak benar Nora Danish semalam..
Semalam Nora Danish ada mengeluarkan kenyataan di MyMetro yang menafikan beliau menjadi punca perpisahan Fasha Sandha dan jejai..
“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” kata Nora Danish.
Mungkin kenyataan Nora Danish tu membuatkan Fasha Sandha rasa tertindas dan mengeluarkan kenyataan balas dengan meminta Nora Danish tidak masuk campur dengan kisah hubunganya jika benar dia tidak bersalah…
“Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah. Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,”
“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami.
“Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,”
Malah Fasha Sandha juga sanggup mengemukakan bukti jika keadaan memaksa.. Rasanya jika ramai yang tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Fasha Sandha ni mesti kita dapat membaca sms-sms jiwang mereka berdua selepas ni..
“ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. “Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah.”
“Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. “Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.”
Akhir kata daripada Fasha Sandha, Jika sebelum ini dia sering di tindas dan di fitnah tanpa bukti, Kini tiba masanya dia menegakan kebenaran beserta bukti yang sahih..
Psst… MyGosip harap, drama mereka semua ni akan berakhir dengan happy ending la hendaknya, Rasanya sudah lama drama ni bersiaran.. dan kami yakin drama ni sudah sampai di penghujung cerita apabila Fasha dan Jejai berpisah… kan lagi bagus jika drama ni berakhir dengan pendamaian diantara Fasha Shanda dan Nora Danish.. mesti lebih dramatik..
blackberry chat fasha dan jejai
blackberry chat fasha dan jejai
bukti fasha sandha
fasha sandha dan jejai bukti received call

Yuna dan Qi sah sedang bercinta

terjalin diantara Yuna dan Qi sebelum ini.. Ternyata mereka berdua memang sedang dilamun cinta.. Tahniah MyGosip ucapkan kepada Yuna dan Qi.. pengesahan percintaan mereka berdua dinyatakan melalui status relationship mereka berdua di facebook baru-baru ini..
Status yang berbunyi “Qi Razali is in relationship with Yuna Zaraai” jelas menunjukan yang mereka berdua memang sedang bercinta dan MyGosip rasa dengan munculnya status tu, jelas menunjukan yang Yuna dan Qi sudah bersedia untuk memberi tahu kepada umum yang mereka berdua kini sedang hangat bercinta..
MyGosip harap hubungan percintaan mereka berdua kekal sehingga ke jinjang pelamin hendaknya..
yuna dan qi bercinta
Status in relationship daripada facebook Qi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar anak kedua Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

anak rita rudainiTahniah buat Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kerana telah selamat menyambut anak keduanya pada 29 April 2011 jam 1.26 petang di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.. Baby seberat 2.75kg dilahirkan dalam keadaan sihat dan diberi nama Airit Rafqa Arjuna.. MyGosip harap dengan kehadiran anak kedua Rita Rudaini dan Aidil Zafuan ni dapat menyerikan lagi dalam kehidupan rumahtangga mereka berdua..
Apa-apa pun jom kita layan gambar anak kedua Rita Rudaini dan Aidil Zafuan kat bawah ni…
Gambar anak kedua Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Gambar anak kedua Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Gambar anak kedua Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Nurul syuhada dan Raja Amir akan berkahwin julai depan

nurul syuhada akan berkahwinNurul Syuhada akhirnya membuat pengumuman yang dia akan berkahwin dalam bulan Julai ini dengan kekasih hatinya, Raja Amir yang merupakan seorang pegawai bank.. Pengenalan selama 2 tahun dengan kekasihnya menjadi lebih serius apabila Raja Amir dan keluarganya mengadakan rombongan merisik pada bulan Januari yang lepas.. Kini Kedua-dua belah keluarga telah bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan dan akad nikah serentak dalam bulan Julai depan.
Nurul Syuhada yang juga host Majalah 3 sebelum ini pernah digosipkan akan bertunang dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid, namun hubungan mereka berdua tidak berpanjangan… MyGosip harap hubungan kali ini dan segala perancangan untuk mendirikan rumah tangga berjalan dengan lancar hendaknya.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Nurul Syuhada dan bakal suaminya kat bawah ni…
Nurul syuhada dan bakal suami Raja Amir

Wednesday, April 13, 2011

USOP WILCHA MENGAMOK KEPOPULARITIAN DISALAH GUNA,KITA BAKOR JE!!


usop wilcha
Inilah bahana bila jadi popular. Semua orang nak amik kesempatan. Mangsa terbaru tak lain tak bukan Usop Wilcha. Khabarnya admin Facebook Usop Wilcha Glamor di Pentas ABPBH2010 mengambil kesempatan menjual barangan seperti T-Shirt, seluar dalam dan saputangan tanpa kebenaran tuan punya. Perkara ini terkantoi apabila salah seorang pembeli menghubunginya berkaitan hal tersebut. Terus Usop Wilcha buat statement di Facebook rasminya.

FASHA SANDHA IALAH SEORANG WANITA BESI


fasha sandha
Kalau kisah hidup Fasha Sanda dijadikan filem, Abang Nara berani jamin ianya akan meletup dan mendapat kutipan lebih RM10 juta. Siapa yang taknak tengok susur galur kehidupan artis paling kontroversi Malaysia. Jatuh berkali-kali tetapi tetap gah dan bangun semula. Ikuti temubual ekslusif Murai dan Fasha Sandha bekenaan kemenangannya di ABPBH2010 baru-baru ini:-
MURAI: Firstly, tahniah atas kemenangan Fasha sebagai Pelakon Wanita TV Popular?
FASHA: Syukur Alhamdulillah. Kemenangan yang tidak dijangka. Memang saya terkejut apabila nama saya dipanggil kerana saya sangkakan Lisa atau Tiz Zaqyah yang akan menang untuk kategori ini. Apapun, syukur dan berterima kasih kepada peminat saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sahabat yang tidak jemu memberi sokongan sehingga sekarang.
Terima kasih kepada semua follower saya di twitter @FashaSandha1 dan fan page ‘We love Fasha Sandha’. Mereka sentiasa bersama saya ketika susah dan senang.
Mereka juga sering memberi kata-kata semangat buat saya. Tak lupa juga kepada wartawan yang memberikan sokongan terhadap kerjaya saya. ‘Thanks for being there for me through good times and bad times’.
MURAI Ramai yang berpendapat Fasha Sandha telah bangkit semula setelah terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini (komen)?
FASHA: Syukur. Saya adalah wanita besi. Saya pernah melalui banyak pengalaman suka dan duka. Jadi saya sudah lali. Setiap kali ada cerita yang tidak enak, saya biarkan saja. Ianya akan berlalu.
MURAI: Saat diumumkan sebagai pemenang, bagaimana perasaan Fasha pada malam tu?
FASHA: Sebelum saya naik ke Genting saya tidak mengharapkan apa-apa kemenangan. Saay pergi umtuk jadi one of the presenter. Say ajuga pergi untuk memberikan sokongan pada Berita Harian yang banyak berjasa pada saay. Tiba-tiba nama saya dipanggil untuk menerima anugerah kategori Pelakon TV Wanita Popular. Saya rasa sangat terkejut. I wasn’t prepare to go up on stage to win so saya tidak sediakan sebarang ucapan. Jadi saya tidak tahu apa yg saya perlu kata ketika berada di pentas. Ucapan yg saya berikan itu adalah secara spontan. Ianya lahir ikhlas dari hati saya.
MURAI: Sekarang ini, Fasha dah boleh terima tak hakikat kemenangan Fasha?
Fasha: Alhamdulillah, ini kemenangan kelima untuk ABPBH. Syukur, Alhamdulillah. Insyaallah, saya akan cuba buat yang terbaik di masa akan datang.
MURAI: Merampas semula gelaran yang pernah dipegang satu masa dulu, tak mudah. Lebih-lebih lagi pada saat Fasha terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana Fasha melakukannya (menang)?
FASHA: Peminat sekarang sudah pandai menilai bakat seseorang artis. Jadi mereka tidak pedulikan segala kontrovesi tersebut. Mereka menilai pada bakat dan lakonan serta kualiti kerja saya.
MURAI: Adakah ini merupakan satu kejayaan yang manis?
FASHA: Sangat manis… kemenangan yang tidak dijangka dan akan diingati sepanjang hayat.
MURAI: Apakah agaknya faktor utama yang mendorong peminat memilih Fasha sebagai pemenang?
FASHA: Bakat., komitmen dan kualiti kerja. Juga kejujuran sayapada mereka.
MURAI: Adakah fasha rasa bakat Fasha kini lebih dihargai berbanding kontroversi?
FASHA: Syukur Alhamdulillah, bakat dan populariti, harus seiring, Alhamdulillah.
MURAI: So, apa azam Fasha Sandha sekarang ini?
FASHA: Saya akan cuba buat yang terbaik. Saya juga akan cuba perbaiki kelemahan saya. Insya Allah saya juga akan mempertingkatkan lagi mutu lakonan saya di masa yang akan datang.
MURAI: Apa projek terkini Fasha?
FASHA: Saya akan menjayakan drama bersiri 13 episod RtM2 : 5 tahun 5 minit serta drama bersiri 28 episod slot Akasia Tv3 : Dewa Chintaku. Malah, saya juga akan menyambung kontrak bersama Habib Jewel untuk tahun yang ke-3.
MURAI: Kebelakangan ini, Fasha asyik berlakon drama. Bila nak kembali ke layar perak?
FASHA: Insya Allah, tidak lama lagi peminat pasti akan melihat saya di layar perak menerusi filem Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila. Filem ini menampilkan saya sebagai heroin kepada Awie. Ia bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Saya juga ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain tapi karektor dan jalan ceritanya agak kurang menarik. Jadi, saya tolak tawaran tersebut.
MURAI: Bagaimana dengan kehidupan peribadi sekarang?
FASHA: Sangat bahagia dan gembira. Salon saya juga mendapat sambutan ramai. Alhamdulillah. Tahun yang paling bermakna untuk saya. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selama lamanya.

Tuesday, April 12, 2011

neiyl sudah pun mempunyai anak

Neiyl keluar kepompong lama



LAMA rasanya tidak mendengar perkembangan terkini penyanyi Neiyl yang juga merupakan bekas peserta program Mentor musim kedua. Rupa-rupanya, Neiyl, 27, sudah pun bergelar ibu kepada seorang bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan yang diberikan nama cukup indah iaitu Damia Dazma Shah.
Sungguh cepat masa berlalu, Neiyl telah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Dazma Shah Daud, 34, tiga tahun yang lalu.
Sejak itu dia mula terasing dengan dunia hiburan bukannya kerana kecewa atau merajuk dengan sesiapa tetapi rezeki Neiyl untuk menimang cahaya mata membataskan segala perancangan yang telah disusun lebih awal.
“Syukur, sebaik sahaja kahwin rezeki dapat anak mendahului segala-galanya. Rezeki dalam bidang seni masih lagi macam biasa.
“Jadi, saya perlu fokus kepada rumah tangga dan keluarga terlebih dahulu. Kini, anak pun dah semakin membesar dan sudah tiba masanya saya kembali serius dalam nyanyian,” jelasnya.
Namun, di sebalik rancak berbicara, Neiyl sebenarnya menyimpan rasa sedih apabila lagu miliknya kurang mendapat perhatian pendengar.
Lebih terusik jiwanya, setiap kali mendendangkan lagu sendiri ketika dijemput mengadakan persembahan di majlis tertentu, pastinya audiens kurang memberi perhatian kepada penyanyi itu.
Dari situ dia mula menyedari dirinya sememangnya tidak popular dengan lagu sendiri. Sebaliknya, lebih dikenali sebagai penyanyi yang gemar menyampaikan lagu terutama dendangan artis-artis veteran.
“Perkara ini memang sudah lama saya sedar tetapi saya tidak pernah patah semangat untuk kentalkan hati supaya suatu hari nanti lagu saya akan popular.
“Siapa yang tidak sedih sebab saya memang nampak audiens kurang bagi perhatian bila saya nyanyi lagu yang mereka tidak biasa dengar,” akuinya dengan jujur.
Dek kerana kurang fokus daripada penonton, Neiyl pernah juga terlupa lirik lagu sendiri. Fikirannya, ketika itu sudahpun melayang-layang.
“Lupa lirik pun orang tidak kisah sebab mereka bukannya tahu lagu saya tetapi saya yang akan rasa tertekan,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun, situasi yang dialaminya itu tidak sesekali disalahkan kepada penonton. Neiyl meletakkannya sebagai penguat untuk memajukan diri supaya lagu-lagunya selepas ini dikenali sekali gus menjadi sebutan peminat.
Tidak patut jika dia menuding jari kepada penonton. Berhadapan dengan keadaan sebegitu dihadapi dengan tenang kerana sekurang-kurangnya nama Neiyl masih lagi segar difikiran sebilangan peminatnya.
Dalam pada masa yang sama, undangan persembahan juga tidak pernah putus. Dia memilih untuk bersikap tidak terlalu mendesak dan mengejar populariti, asalkan rezekinya berjalan seperti biasa.
Cuma, sesekali Neiyl termenung sendirian mengenangkan sampai bila dia selesa menyanyikan lagu-lagu penyanyi lain dalam setiap persembahannya.

NIEYL teruja berpeluang muncul dengan lagu baru ciptaan Amylea AF3.

Sentuhan Amylea
Sebelum ini, Neiyl telah memiliki tiga album single bertajuk Andainya, Kenangan Manis Bulan September dan duet bersama Nurul Huda Wahab atau Nurul iaitu Persada.
Apa yang menyedihkan adalah lagu-lagu tersebut kurang menjadi mungkin disebabkan Neiyl tidak bersungguh-sungguh membuat promosi memandangkan dia ketika itu bergerak sendirian.
Kekesalannya itu dilupakan semata-mata mahu bergerak ke hadapan mencuba nasib. Telah bertemu dengan Amylea tahun lalu, Neiyl mengukir senyuman menyatakan bahawa dia telah mendapat lagu baru daripada artis kelahiran Akademi Fantasia 3 itu.
Lebih memberi makna apabila melodi pop untuk album single terbarunya berjudul Sering turut mendapat sentuhannya bersama Amylea.
“Waktu itu kami ada jemputan nyanyian di majlis yang sama. Saya minat dengan lagu Amylea iaitu Cinderella dan bila dengar dia nyanyi memang ia cukup menarik perhatian saya.
“Melodi untuk lagu Sering ini timbul ketika saya mandikan anak. Sementara, hasil kreativiti Amylea membuatkan lagu ini lebih bagus,” jelasnya yang cukup bertuah kerana suami tercinta bersedia mengeluarkan belanja untuk album tersebut.
Yakin dengan hasil yang telah dirakam selepas Aidilfitri tahun lalu, Neiyl telah melantik Ayurna Studio untuk mempromosikannya.
Kini lagu Sering sudahpun berkumandang di corong stesen radio Muzik FM. Selepas ini mungkin pendengar dapat mendengar lagu tersebut di frekuensi radio-radio lain.
Menampilkan konsep pop, Neiyl ingin mencuba aspek baru memandangkan sebelum ini dia lebih banyak mendendagkan lagu genre balada.
“Kali ini kita buat sedikit kelainan kerana ia sesuai dengan perkembangan muzik masa kini. Anak muda sekarang lebih suka pilih untuk dengar lagu rancak.
“Jadi apa salahnya saya cuba lari sedikit daripada imej asal saya,” terangnya yang turut menolak untuk berimej seksi.
Kesudahan untuk lagu Sering akan dilihat berdasarkan sambutannya terlebih dahulu sama ada mampu menarik pendengar atau sebaliknya.
Jika hasratnya tercapai, barulah Neiyl memilih untuk membuat penggambaran klip video.
“Tidak guna juga kalau buat klip video awal-awal tetapi lagu tidak meletup. Jadi kita selesaikan satu persatu kerana ia melibatkan kos yang banyak,” beritahunya.
Cadangannya lagi, mungkin suatu hari nanti lagu-lagunya akan disatukan di dalam sebuah album dengan mendapat sentuhan berlainan.
Ini kerana Neiyl masih sayang untuk melupakan terus lagu miliknya. Sedangkan jika diberi nafas baru yang lebih matang mungkin lagu itu dapat diterima umum.
“Saya perlu cuba, kalau tidak berani cuba kita tidak akan tahu apa kekurangannya,” ujarnya.