Tuesday, April 12, 2011

artis guna botox

Tusshar dakwa Preity guna botox


KIRI:TUSSHAR menegaskan dia meminati Preity sejak sekian lama.(Gambar kecil)BANDINGKAN antara wajah Preity yang dirakam pada tahun 2009 (foto kanan) dan 2011 (foto kiri).

AKTOR Tusshar Kapoor telah menimbulkan kontroversi apabila mendakwa aktres Priety Zinta telah menyuntik botox pada wajahnya. Dia dengan selambanya membuat kenyataan tersebut ketika muncul dalam program temu bual kelolaan pengarah Karan Johar, Kofee with Karan.
Dalam program tersebut, Tusshar dengan petah terus menjawab soalan-soalan demi soalan yang dilontarkan Karan terhadapnya.
Justeru, apabila Karan bertanya siapakah pada padangannya di kalangan rakan artis di Bollywood yang menyuntik botox pada wajah, Tussar dengan pantas menjawab: “Preity Zinta!”
Namun, apabila menyedari kenyataan itu akan menimbulkan kontroversi, dia membuat kenyataan bagi menutup kesalahannya itu kepada agensi berita India, IANS.
Katanya: “Adakah kenyataan saya itu akan menjadi kontroversi? Semua orang tahu apa yang saya perkatakan dalam program kelolaan Karan Johar itu merupakan suatu gurauan semata-mata.
“Saya tidak maksudkan apa yang saya katakan kerana ketika menjawab soalan Karan itu saya tidak terfikir tentang sesiapa pun tetapi tiba-tiba sahaja saya teringatkan Priety Zinta, lalu saya sebutlah nama dia. Saya memang jatuh cinta kepadanya sejak kemunculannya dalam filem Soldiers.”

Sunday, April 10, 2011


Senarai Berita Filem Malaysia 

Berikut adalah disenaraikan berita filem tanah air yang disajikan dengan gambar dan filem yang berkaitan. Sila klik gambar untuk mendapat berita penuh.
http://p.gs/l8ipr
Promosi filem "Estet" bermula 
http://p.gs/dldz6
PISAU CUKUR: Panas!! 
http://p.gs/s8lq2
Babak rogol dipotong 
http://p.gs/b2zdh
Gamatnya Senario Jadi Beach Boys! 
http://p.gs/knrvy
Jom Tonton Trailer Filem New Moon 
http://p.gs/4nc55
My Spy terbitan KRU Mampu Menghiburkan 
http://p.gs/6djj0
STUDIO FILEM Sejarah filem Malaysia telah dimulakan di Singapura seawal tahun 1940an, filem pertama ialah Laila Majnun pada 1933 arahan B. S. Rajhans. Dunia filem ketika itu telah dipelopori oleh dua buah studio yang terkenal iaitu studio Shaw Brothers dan Keris Filem. Keris Filem telah menukar namanya kepada Cathay Keris pada 1948 atas alasan yang tertentu.

Penukaran tersebut telah menjadikan Ho Ah Loke dan Loke Wan Tho sebagai rakan kongsi. Studio Shaw Brothers yang terletak di Jalan Ampas Singapura, adalah milik dua orang adik beradik iaitu Run Run Shaw dan Rumee Shaw. Bermula dengan kehadiran pengarah-pengarah filem India Shaw Brothers telah menjadi tapak bagi permulaan kerjaya pengarah filem Melayu. Persaingan antara Shaw Brothers dan Cathay Keris menjadikan kedua-duanya mahu menjadi yang terbaik dan terkenal.

Melalui dua buah studio yang dibina di Singapura ini muncul ramai artis yang terkenal hingga ke hari ini. Setiap studio telah bertindak sebagai sebuah akademi dalam melahirkan artis yang menjadi pujaan ramai. Antara artis yang menjadi pujaan ketika itu ialah Siput Sarawak, Maria Menado, Latifah Omar, Nordin Ahmad, Ahmad Mahmood,Normadiaah dan ramai lagi. Setiap studio mempunyai artisnya sendiri, oleh itu tidak hairanlah jika sesebuah filem yang dikeluarkan mudah dikenali melalui watak utamanya. Senario ini seolah-olah mengikat pelakon supaya tidak berhijrah ke studio yang lain.

Selain dari dua buah studio yang terkenal ini terdapat juga studio-studio lain seperti Nusantara Film dan Rimau Film. Studio-studio filem yang kecil ini tidak banyak mengeluarkan filem berbanding dengan Shaw Brothers dan Cathay Keris. Bagi Shaw Brothers dan Cathay Keris mengeluarkan lebih dari lima buah filem dalam setahun merupakan satu kemestian bagi mereka. Pengarah filem India yang terkenal seperti B.N Rao, L. Krishnan, S Ramanathan dan ramai lagi, menjadi aset bagi dua buah studio yang terkenal ini.

Zaman kegemilangan Shaw Brothers dan Cathay Keris di Singapura telah menemui kegelapannya seawal tahun 1960an iaitu pada tahun 1963. Kejatuhan zaman gemilang filem di Singapura ini telah menyebabkan pengusahanya beralih arah ke Tanah Melayu iaitu Malaysia, berpusat di Kuala Lumpur. Hal ini adalah disebabkan penerimaan orang tempatan terhadap filem sudah mula berkembang. Perpindahannya telah dimulakan oleh Sarimah dan P. Ramlee. Tapak studio yang baru terletak di Jalan Hulu Kelang, Ampang.

Studio yang baru dibuka itu telah dinamakan sebagai Studio Medeka ataupun Studio A. Filem pertama keluaran Merdeka Studio ialah Tun Teja pada tahun 1961 arahan Datuk L. Krishnan. Filem Tun Teja merupakan sebuah filem yang telah mendapat anugerah Tayangan Di Raja. Studio Merdeka dikenali dengan nama Merdeka Film Production Ltd. dimiliki oleh H. M. Shah dengan rakan kongsinya iaitu Ho Ah Loke. Namun begitu Studio ini telah diambil alih oleh Shaw Brothers pasa tahun 1966, berikutan Ho Ah Loke tidak mempunyai pawagam sendiri, dan pihak Shaw Brothers bertanggungjawab dalam menayangkan semua filem yang dikeluarkan ketika itu.

Seterusnya Studio Merdeka telah dijual oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia atau FINAS dengan harga RM 1.4 juta, pada 7 FEBRUARI 1985. Pembikinan filem di Studio Merdeka tidaklah serancak sewaktu di Studio Jalan Ampas. Hal demikian disebabkan oleh peralatan yang tidak mencukupi telah membataskan daya kreativiti pengarah. Punca lain adalah kerana kemunculan televisyen telah menjadikan filem kurang diminati. Filem terakhir keluaran Studio Merdeka adalah Adik Manja arahan Othman Hafsham, pada tahun 1980. Sepanjang penubuhan Studio Merdeka filem Bukan Salah Ibu Mengandung arahan Jins Samsudin merupakan filem yang paling berjaya. Dengan penutupan Studio Merdeka di Hulu Kelang, maka berakhirlah zaman pengeluaran filem dari pemodal cina. Perusahaan filem Melayu ketika ini memasuki era baru iaitu produser bumiputera.
http://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=6&ved=0CEcQFjAF&url=http%3A%2F%2Fwww.syokkahwin.com%2Fperkahwinanartis%2F&ei=B26hTeL3Is6mrAfru_2DAw&usg=AFQjCNG6lcmtsKdg_xFbLaKAuBduZkPXqg

Wednesday, April 6, 2011


Hohoho(gelak macam pakcik Santa). Nampaknya selepas gosip adiknya, Ayu Raudhah bercinta dengan Zaquan Adha, akaknya pulak, Rozita Che Wan dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seorang pemain bola sepak Selangor.
Nama pemain bola sepak Selangor dan Malaysia yang dikatakan berkawan rapat dengan Rozita Che Wan ini ialahAsraruddin Putra Omar. Umur baru 21 tahun. Lahir tahun 1988. Kiranya beza umur diorang nie adalah makan belasan tahun jugak kot. Oh lupa nak bagitau Asrarudin nie main pertahanan untuk Selangor dan Malaysia.
Rozita Che Wan mengaku yang dia ada keluar tengok wayang ngan Asraruddin kalau time boring-boring. Malam-malam pulak kadang-kadang tue diorang gayut sampai 2 3 jam sebelum tidur. Hmm.. Itu semua ciri-ciri orang mabuk bercinta tue. Kalau tak mabuk pun maybe tengah dalam proses nak memabukkan diri kot. Hehehe.
Nampaknya ramai la Dato’-Dato’ kat luar sana yang telan air liur jer kalau gosip nie betul. Nampaknya Rozita Che Wan tak pandang duit tapi pandang usia dalam memilih teman lelaki. Hehehe. Apa-apa pun kami doakan yang terbaik buat Rozita dan Asraruddin.
Lagi gambar terbaru dan terkini Rozita Che Wan dengan membaca artikel ini sepenuhnya

Zon Artis | Gosip Artis Malaysia, Cerita Terkini Artis & Berita ...

 - [ Translate this page ]
4 Apr 2011 ... Zon Artis merupakan blog hiburan yang memaparkan isu hangat, gosip artis malaysia, hiburan sensasi, skandal artis, gambar-gambar artis ser
Bagaimanapun tidak diketahui mengapa dia enggan menghebahkan pernikahan berkenaan. Sebaliknya kata Sabrina, dia tidak bersedia untuk mengulas mengenai desas-desus yang diperkatakan. Sementara itu sumber turut memberitahu Sabrina sudah mengandung dua bulan. -Sumber mStar